Artikel ini adalah paparan semula dari laman web yang dinyatakan untuk renungan bersama.
Pertanyaan:
Menegakkan hukum Islam di seluruh dunia memang kewajipan setiap orang yang mengaku Islam. Ada sikit kemusykilan;
1.Bagaimana dengan orang yang memperjuangkan Islam tapi tak mahu mengundi PAS? Kalau dah mengundi PAS jadi wajib, tak mengundi berdosa ke?
2.Kalau dah mengundi PAS, maka dah terlepas ke dari tanggungjawab menyampaikan agama keseluruh dunia?
Sila jawab dengan ilmu bukan dengan nafsu. Anda bertanggungjawab di akhirat ke atas jawapan yang diberi.
Jawapan yang diberi oleh Ustaz yang menjawab persoalan diatas:
Seseorang perlu menilai setiap situasi dengan
"ilmu" dan kefahaman yang jelas secara terperinci. Hukum umum itu
perlu melihat kepada keadaan dan suasana politik di Malaysia secara khusus.
Jika dinilai dari sudut politik, ada dua kumpulan yang besar yang mana
kedua-dua kumpulan tersebut tidak mempunyai "Asas perjuangan" yang sesuai
dari sudut syarak melainkan sebuah parti politik tetapi di dalam sebuah
kumpulan yang masih tidak menjadikan "ISLAM" sebagai asas perjuangan
(iaitulah PAKATAN RAKYAT).
Kita perlu jelas melihat kedudukan "Pakatan Rakyat " itu sendiri, sebagai pihak utama yang terlibat
dalam pilihanraya, sebagai pencabar kepada Barisan Nasional.Ia bukanlah suatu
pakatan yang berkongsi suatu agenda perjuangan yang ditekankan di sisi iaitulah
"ingin mendaulatkan dan melaksanakan hukum Islam secara menyeluruh".
Maka, dari sudut ini, timbulllah kesamaran dalam menetapkan hukum sebenar
mengundi secara umum di Malaysia. Ia kembali kepada situasi dan bergantung
kepada calon.
Jadi, jika pertembungan politik antara "PAKATAN
RAKYAT" dengan "Barisan Nasional" yang mana kedua-duanya tidak
mempunyai asas memperjuangkan Islam secara menyeluruh, maka hukum mengundi juga
adalah "zhonni" (kesamaran) dari sudut ini. Oleh sebab itulah kita
perlu melihat secara lebih terperinci dalam setiap situasi yang dihadapi.
Jika sesuatu tempat itu: "PKR" bertanding
dengan "UMNO" misalnya, maka secara jelas kedua-duanya mengamalkan
dasar yang sama iaitulah Sekular. Cuma, "PKR" lebih pada slogan
"keadilan". Tetapi, adakah "keadilan" itu menurut Islam
atau menurut ukuran deklarasi Hak Asasi Manusia oleh PBB? Jadi, ketika
menghadapi situasi begini, tidak timbul hukum wajib memilih salah satu (PKR
atau UMNO) kerana kedua-duanya secara ukuran syarak adalah tidak tepat untuk
dijadikan pemimpin.
Jika sesuatu tempat itu: "DAP" bertanding dgn
MCA atau sebagainya (calon orang kafir), maka sudah diketahui dasar DAP yg
tidak pernah setuju (sehingga hari ini) dengan dasar Islam secara menyeluruh.
Jadi, hanya kerana "DAP" bersahabat dgn "PAS" tidak
menyebabkan seseorang tidak boleh melihat "hakikat sebenar" DAP itu
sendiri dalam menilai kerana biarpun dalam satu pakatan, tetapi masih mempunyai
prinsip yang berbeza bahkan sebahagiannya saling bercanggah. Begitu juga dgn
parti2 lain yang menjadi lawan, juga tidak memperjuangkan Islam. Jadi, dalam
situasi ini juga, tidak mewajibkan untuk memilih (mengundi) mana-mana pemimpin
berdasarkan ukuran syarak.
Jika kita baca sendiri fatwa alim ulama' Indonesia di
atas menyebut: "WAJIB memilih hanya calun-calun yang mempunyai cita-cita
terlaksananya ajaran dan hukum Islam dalam negara".
Jadi, dalam dua situasi di atas, tidak membawa kepada
"kewajiban" ini berdasarkan apa yg difahami daripada dasar parti2
politik yang terlibat. Mungkin, hanya PAS sahaja dilihat hampir kepada apa yang
dimaksudkan sebagai mempunyai cita-cita terlaksananya ajaran Islam". Ini
kerana, banyak bukti dan situasi menunjukkan dasar mendaulatkan Islam hanya
merupakan dasar suatu parti, bukan "pakatan" secara umum. Bahkan,
sehingga hari ini, "pakatan rakyat "
tidak menyat akan Islam sebagai
perjuangan mereka. Maka, perjuangan Islam hanyalah perjuangan satu parti
daripada keseluruhan pakatan tersebut.
Jika dilihat secara terperinci juga dalam PAS, maka
pemilihan pemimpin perlu mengambil kira siapakah calon yang diletakkan oleh PAS
bagi sesuatu tempat. Apa pegangan aqidahnya dan sebagainya. Ini kerana, dasar
aqidah Islam yang murni adalah asas dalam pemilihan calon. Siapa pun calon dari
mana-mana parti sekalipun, jika berpegang dengan aqidah yang bercanggah dengan
aqidah ahlus-sunnah wal jamaah, maka tidak boleh pilih jika khuatir dia akan
sebarkan kepincangan aqidahnya. Jika kita tahu misalnya, ada seorang
calon yang berfahaman syiah dan berpegang dengan aqidah syiah atau
sebagainya yang bercanggah dengan aqidah ahlus-sunnah wal jamaah, dari mana2
parti sekalipun, maka tidak menyebabkan kita "Wajib" mengundinya.
Jadi, masalah undi ini adalah suatu "hak"
bagi seseorang individu tetapi tidak sampai kepada "wajib" secara
umumnya, walaupun ada situasi2 khusus yang wajib jika sekiranya "calon
yang bertanding bercita-cita untuk memperjuangkan dan mengamalkan ajaran
Islam". Jadi, ukuran kewajipannya hanya jelas berdasarkan
"Calon" yang bertanding itu sendiri. Jadi, kesimpulannya, kedudukan
hukum mengundi itu sendiri berdasarkan calon yang terlibat dalam sesuatu pilihanraya
tersebut.
Wallahu a'lam...
No comments:
Post a Comment