Tuesday, 13 November 2012

Frog Theory


The Frog Theory

I did not know who wrote the Frog Theory. I received this theory through an email quite sometime ago. Anyhow, many thanks to the sender and its worth to think of.

FROG THEORY

If you put a frog in boiling water it will jump out instantly
but if you put a frog in cold water
and slowly heat the water to a boil
 it will not recognize the changes in it environment
 and will be boiled and die.


Like the frog we all run the risk of getting cooked when 
we fail to notice the small, slow changes taking place around us.




TEORI KATAK

Jika anda masukkan seekor katak kedalam air yang panas,
serta merta ia akan melompat keluar.
Tetapi, andaikata anda masukkan seekor katak kedalam air sejuk
dan perlahan-lahan anda panaskan air tersebut,
ia tidak merasa perubahan suhu yang berlaku dipersekitarannya
dan akhirnya ia mati kena rebus.

Fikir-fikirkan!


1 comment:

  1. Teman merasakan bahawa Teori Katak ini sesuai untuk menggambarkan keadaan masyarakat Melayu dewasa ini.

    Masalahnya kita tidak boleh nak bercerita. Kalau kita cerita alamat berpindahlah kita ke Kem Kemunting. Yang menghantar kita ke Kem Kemunting pun Orang Melayu juga. Alasannya mudah, Keselamatan Dalam Negara. Negara Bangsa.. sedar atau tidak Orang Melayu sudah tidak ada negara! Tetapi berlagak.. ini Negara aku.

    Pada hakikatnya, memang betul negara ini adalah anugerah yang dipinjamkan oleh Allah kepada manusia buat sementara. Tak ada siapa pun boleh mendakwa, ini negara aku, ini tanah aku... Tidak sekali-kali. Kesemuanya milik Allah. Kita ni menumpang sahaja sehingga habis umur yang ditentukan oleh Allah swt. Jarang pun sampai 100 tahun… mana yang dah masuk usia senja … fikir-fikirkanlah. Beruntunglah mereka yang sudah membuat persiapan lebih awal.

    Tinggal lagi, Orang Melayu kalau dikatakan bodoh.. marah. Silap-silap boleh bertukar badan menjadi Hulk. Jangan main-main, bas disimbah cat, rumah disimbah cat, kepala lembu diusung dan disepak terajang. Kalau dikejar lembu.. lari lintang pukang tak cukup tanah. Lembu dah mati bolehlah buat macam tu. Masakan tidak, hal ugama pun dikongsi .. kongsi Raya..Deparaya.. Apa punya bengong punya orang? Inilah padahnya bila Islam tidak dipelajari.. Mufti-mufti pun sudah buat tegoran. Tapi.. buat deeekk buat tak kesah tegoran Mufti.

    Bila kita berbicara tentang hukum-hakam ketentuan Allah... Alamat kita akan di cop.. Ini PAS, Parti PAS. Ini hukum-hakam PAS bukan hukum-hakam Al-Quran... Issshhh ... sedar ke apa yang mereka cakap tu... Inilah padahnya apabila tidak dapat membezakan antara Ugama dan Politik. Tak tahu membezakan antara mempergunakan ugama untuk politik dengan politik untuk ugama.

    Sedar atau tidak, Orang Melayu terus layu .. sesuai dengan teori Katak. Perubahan yang berlaku disekeliling mereka, tidak mereka sedari.. Selagi mereka tidak kembali belajar,menghayati dan mematuhi segala perintah Allah... selagi itulah mereka akan terus layu.. dan layu.. Macam katak yang akhirnya mati kena rebus.

    ReplyDelete